Pages

There was an error in this gadget

Wednesday, March 2, 2011

Larangan


Larangan

Assalammulaikummm. ..w.b.t

Mari sama-sama kita berfikir sejenak....

LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN
1. Tidak boleh sama sekali berjimak ketika berada di dalam
terlalu kenyang atau terlalu lapar.
2. Mandi setelah makan.
3. Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita
4. Berada dalam keadaan terlalu lapar.
5. Berjaga malam selain dari qiamullail.
6. Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN
1. Memakan daging.
2. Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
3. Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
4. Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas
5. Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang
6. Memakan makanan yang agak manis.
FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT
1. Bercakap banyak.
2. Tidur banyak.
3. Makan banyak.
4. Banyak jimak.

FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN
1. Banyak jimak
2. Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
3. Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri
4. Banyak memakan makanan yang serba masam.

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT
1. Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air
sejuk (masak)
2. Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.

BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL
1. Tinggalkan dari bercakap kosong.
2. Sentiasa bersugi.
3. Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA, MAKANLAH, JANGAN DIBUANG
Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman, hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan bandannya ke dalam makananan atau minuman itu,kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak beracun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat
syaitan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN

1. Melihat pekara-pekara yang haram.
2. Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
3. Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut
4. Tidak membaca Al-Quran.
5. Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram
6. Mengumpat dan mengata.
7. Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
8. Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
9. Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
10. Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN
1. Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati
2. Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah
3. Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam

SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT:
1. Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat
2. Selepas berjimak.Selepas makan atau sebelumnya.
3. Ketika sedang makan.
4. Selepas memakan buah-buahan.
5. Selepas keluar dari bilik mandi.
6. Ketika terjaga dari tidur.

CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.
1. Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk
2. Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00 kemudian bersugi. berwuduk dan bersembayang tahajjud.
3. Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar
4. Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus,cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
1. Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2. Selepas masuk waktu Asar.
3. Tidur di bawah cahaya matahari waaupun terkena separuh dari
badan

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:

1. Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2. Merosakkan warna kulit
3. Melemahkan jantung.
4. Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5. Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6. Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
1. Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur

2. Hindarkan dari tidur lewat malam.

3. Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil

4. Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum tidur bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur

5. Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.

6. Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA
1. Banyak melakukan jimak.
2. Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
3. Banyak minum air di waktu pagi.
4. Banyak memakan atau meminum yang seba masam.

SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG
1. Merokok yang berterusan.
2. Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
3. Kurang tidur.
4. Sentiasa mandi di tengah malam.
5. Berjimak di dalam air atau ketika udara terlalu sejuk.
6. Melakukan kerja secara berterusan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN
1. Melihat kepada benda-benda kotor.
2. Melihat kepada palang +/salib.
3. Melihat kepada alat kelamin perempuan atau bayangan luar
4. Duduk dengan membelakangkan kiblat.
5. Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
6. Banyak menangis.

Jodoh Ku Jodoh Mu...

Tak salah jika anda untuk berdoa kepada Tuhan untuk bertemu jodoh atau ditemukan jodoh dengan kekasih hati anda (untuk yang belum kahwin la.. ). Daripada menyambut Valentine Day yang mengikut amalan Kristian baik kita berdoa kepada Allah semoga dijodohkan segera.

Ya lah kepada yang bercinta mestilah target untuk mendirikan rumahtanggakan. Syaitan meraung jika muslimin dan musimah bernikah kerana tertutup peluang mereka untuk menghasut manusia mendekati atau melakukan zina. So, korang yang sedang hangat bercinta tu, jangan tunggu lama-lama, syaitan makin gemuk nanti.
Di bawah ialah doa minta jodoh yang agak lawak tapi nampak serius sangat.

Ya Tuhan, kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah….
Tapi kalau bukan jodohku,
maka jodohkanlah…
Jika dia tidak sejodoh denganku,
maka jadikanlah kami jodoh…

Kalau dia bukan jodohku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain selain aku…
Kalau dia tidak dapat dijodohkan denganku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku,
Dan semasa dia telah tidak memiliki jodoh,
Jodohkanlah kami kembali…

Kalau dia jodoh orang lain,
Putuskanlah, Jodohkanlah denganku..
Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
Biar orang itu bertemu jodoh dengan yang lain dan kemudian
Jodohkanlah kembali dia denganku…
Ok di atas doa yang lawak, di bawah ini pula doa yang diamalkan oleh Nabi Zakaria A.S

Doa Minta Jodoh dan Keturunan yang Baik


Maksudnya :”Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.” (AlQuran: Al-Anbiya’: 89).

Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik. Sungguh Engkau Maha Pendengar doa.” (Surah Al ‘Imran: 38).

Penjelasan:
Doa di atas baik sekali dibaca oleh orang-orang yang belum mempunyai keturunan dan pasangan hidup. Juga baik sekali dibaca oleh setiap muslim agar diberi keturunan yang soleh.
Kedua ayat diatas merupakan doanya Nabi Zakaria A.S. agar diberi keturunan sebagai penerus perjuangannya menegakkan agama Allah.
Kisah Nabi Zakaria boleh dilihat dalam Al-Our’an Surah Al-Anbiya’ ayat, 89-90; Al-Imran, 38-41.

Sunday, January 16, 2011

Stiker Kereta

Disini saya ada hasilkan Stiker Kereta UniSZA..ada dua design....

 Harga 1 Unit = Rm10

* Design 1 hanya ada 30 Unit
   Design 2 hanya ada 70 Unit

Saiz dia 12 inci X 4 Inci

Siapa cepat, Dia dapat....Untuk Buat Kenangan....

 Contact : 017-9697992 (Din)

Design 1

Design 2

Sunday, December 19, 2010

Kongsi Bersama

Pada artikel kali ini, saya ingin berkongsi kepada pembaca blog saya iaitu ..gambar yang diambil di sekitar Negeri Terengganu....Gambar tersebut diambil ketika saya terlibat dalam program yang diadakan..di kesempatan dan terdapat masa terluang..saya gunakan sebaiknya untuk mengambil gambar yang menarik..selain itu juga..ia boleh mengasah kemahiran yang dipelajari yang di kongsi bersama kawan2...

Lokasi : Kawasan Rumah
di sini saya kongsi gambar yang diambil oleh saya...kepada pembaca blog saya...

p/s : jika terdapat data yang di download crash....saya tidak bertanggungjawab yer...sori...


Sekian, Wasalam
Lokasi : Kawasan Rumah

Lokasi : Riyaz Heritage

Lokasi : Kawasan Rumah

Lokasi : Pantai Batu Rakit

Lokasi : Dewan Sivik Kijal, Dungun

Lokasi : Pantai Kemasik

Lokasi : Pantai Kemasik

Lokasi : Pantai Kemasik
Lokasi : Riyaz Heritage -


Lokasi : Riyaz Heritage

Lokasi : Belakang gym Unisza

Sunday, September 19, 2010

Rumahku Syurgaku

.: Salam Lebaran dari kami :.
Pertama kali..saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin...Buat umat islam sedunia..termasuk saya...selamat menunaikan ibadah puasa selamat sebulan...Allhamdulillah dapat berpuasa penuh...dan kepada sesiapa yang tak puasa penuh ( sebab-sebab tak dapat dielakkan)..hehe..dapat gantikan puasa tu sebelum puasa akan datang...Di hari akhir ramadhan...ayah saya memberi sedikit kata-kata,cam tazkirah lah..untuk pengetahuan anda semua...kami sentiasa solat berjemaah setiap waktu..alhamdulillah...dalam kata-kata ayah,ayah mengucapkan ribuan terima kasih kepada emak dan adik-adik kerana dapat menjalani ibadah puasa selama sebulan bersama-sama...ini kerana..keluarga saya sudah 6 tahun tak dapat bersama...sebab nya pergi menuntut ilmu.yang tak dapat balik beraya dikampung halaman..termasuk jugak saya....sambung semula pasal tazkirah ayah tadi....saya amat tersentuh dengan kata-kata ayah iaitu " APA YANG KURANG PUASA PADA TAHUN INI,KITA TAMPUNG TAHUN HADAPAN, AKAN TETAPI..KITA PERLU INGAT..ADAKAH UMUR KITA PANJANG UNTUK SAMPAI BULAN PUASA TAHUN HADAPAN..." kata-kata ayah membuatkan kami adik beradik dan emak terdiam dan masing-masing tunduk kebawah..dalam hati saya berkata..betapa besarnya keagungan Allah S.W.T. dan saya terfikir..pada tahun ini ader saya rasa kekurangan....terasa sayu saja hati ini....belum tentu kita dapat berjumpa ramadhan akan datang...YA ALLAH...Panjangkanlah usiaku semoga dapat bertemu ramadhan akan datang...akan tetapi..semua atas kehendak Mu Ya Allah...saya redha dengan ketentuan Allah..
Selesai memberi tazkirah...kami semua bersalam-salaman antara kami...selepas bersalaman..kami pun masing-masing buat kerja...esok raya...mak dan adik-adik pompuan duk kat dapur menyiapkan judah untuk hari raya esok hari...ader lah wat sedikit juadah hari raya...
saya rasakan aidilfitri pada tahun ini amat bermakna..kerana semua ahli keluarga saya dapat beraya bersama..Allhamdulillah segala pujian kepada Mu Ya Allah. Di hari yang mula, seperti umat islam yang lain, kami bersalaman memohon keampunan kemaafan dari emak dan ayah...pada tahun ini, kami sekeluarga menunaikan solat sunat hari raya aidilfitri di Masjid UniSza...

Sunday, September 5, 2010

EJAH.....

Kakinya terasa sengal dan pedih. Jalur-jalur merah kebiruan di kaki masih jelas kelihatan. Sebatan tali pinggang ayah semalam masih terasa peritnya. Entahlah, mungkin ayah tidak sayang padanya. Dia selalu saja di pukul dan di herdik. Nak kata nakal tak adalah sangat. Adatlah, kanak-kanak memanglah begitu.

Sedikit sebanyak ada juga nakalnya. Dia duduk melanguk di atas tangga. Kanak-kanak lain berlari-lari bermain di hadapan rumahya. Hari ini hatinya tidak pula teringin bermain bersama kawan-kawan lain.

"Jomlah awak. Kita main lari-lari," ajak Ani, teman sekelasnya.
"Tak naklah. Kita penat,"jawabnya acuh tak acuh sambil menggeleng.
"Alah jomlah. Awak tak payah lari kuat-kuat. Pelan-pelan pun boleh saja," pujuk Ani.
"Tak moh lah. Awak pegilah. Kita tengok saja," jawabnya lagi.

Akhirnya Ani mengalah dan berlari ke arah teman-teman yang lain. Dia hanya memandang kosong ke arah mereka.

"Ejah!" tersentak dia mendengar suara ayah dari dalam rumah.

Segara dia berlari masuk. Ayah berdiri bercekak pinggang di depannya.

"Kau dah buat kerja sekolah belum?" tanya ayah.
"Hari ni tak ada kerja sekolah," jawabnya perlahan.
"habis tu tak reti nak belajar? Mentang-mentang tak ada kerja sekolah tak boleh tengok buku. Kau tu bukannya pandai sangat malas-malas nak belajar" herdik ayahnya. Dia hanya terkebil-kebil memandang ayahnya. "Yang berdiri terkebil tu Kenapa. Pergi baca buku," herdik ayah lagi sambil mencubit peha kirinya.

Segera dia berlari ke biliknya. Air mata mengalir deras mambasahi pipi cengkungnya. Di dalam biliknya dia menangis dengan perlahan dan tertahan-tahan. Takut didengari ayah. Kalau ayah tahu yang dia menangis bukan belajar, tentu telapak tangan ayah hinggap di tubuh kecilnya. Tidak sanggap lagi rasanya untuk tubuh kecil itu menerima pukulan ayah.

Perlahan-lahan dia membuka almari bajunya. Di antara baju-bajunya yang berlipat dan bersusun kemas ditarik sekeping gambar. Wanita di dalam gambar itu tersenyum manis. Nenek kata itu adalah mamanya. Dia tidak pernah berjumpa mama. Menurut nenek mama meninggal 8 tahun lalu semasa umurnya baru 5 hari. Ketumpahan darah kata nenek. Entahlah dia pun tak tahu apa maksud nenek dengan ketumpahan darah. Dia selalu berfikir, kalau mama masih ada mesti mama akan memarahi ayah yang selalu memukulnya. Mama mesti membelanya.

Walaupun dia tidak pernah berjumpa mama namun dia begitu sayang kepada mama. Setiap kali papa memukulnya pasti dia akan mencari gambar mama. Kepada gambar mamalah diceritakan dengan air mata yang berlinangan betapa sakitnya dipukul ayah. Dia tidak ada adik-beradik yang lain, hanya kepada gambar mamalah dapat dicurahkan kesedihannya. Nak mengadu pada nenek, nenek tinggal jauh darinya. Lagipun kalau ayah tahu dia mengadu pada nenek sudah tentu lagi teruk dia dipukul. Akhirnya dia menangis sehingga tertidur. Hari ini dia kesekolah seperti biasa. Begnya yang sarat dengan buku-buku digalas di bahu. Dia berjalan menuju ke bilik darjah.

"Ejah! Tunggu kita," jerit suara kecil dari belakang.

Ani berlari terkedek-kedek mengejarnya. Ejah hanya tersenyum kecil memandang Ani.

"Awak nak datang tak rumah kita tak nanti lepas sekolah?" tanya Ani sambil mereka berjalan seiringan menuju kebilik darjah.
"Boleh ke? Mak dengan ayah awak tak marah ke?" tanyanya ragu-ragu.
"Buat apa nak marah. Kita boleh belajar sama-sama. Kan minggu depan ada ujian matematik," jawab Ani sambil tersengeh.

Ani memang selalu begitu. Dia sentiasa kelihatan riang. Dia suka berkawan dengan Ani. Ani baik. Selepas sekolah Ejah
ke rumah Ani. Emak Ani tersenyum mesra semasa mereka sampai.

"Marilah makan dulu Ejah. Lepas makan baru belajar," pelawa Emak Ani sambil tersenyum. Ejah hanya tersenyum malu.
Baiknya emak Ani. Kalau Ejah mama masih hidup tentu mama pun baik macam ni. Mereka makan bersama-sama. Ikan masak lemak cili api, daun ubi bercecah sambal belacan, ikan kering sepat. Memang enak. Pandai emak Ani masak. Dalam segan-segan habis dua pinggan nasi dimakan Ejah.

"Makan banyak-banyak sikit Ejah. Kamu tu kurus sangat," kata emak Ani sambil menyenduk nasi ke pinggannya. Ejah hanya mengangguk malu.
"Jangan makan banyak sangat pula, nanti kamu jadi macam si Ani ni ha, tembam" usik ayah Ani pula.

Ani hanya menjelir lidah pada ayahnya. Ketawa berderai. Tak pernah ayahnya berjenaka begitu dengannya. Untung Ani dapat keluarga yang baik. Bila terkenagkan ayahnya Ejah mula terasa sedih. Air matanya di tahan. Malulah kalau menangis ada depan orang. Ejah dan Ani belajar bersama. Ayah Ani telah pergi semula ke tempat kerja. Emak Ani sibuk menghidangkan mereka air milo dan biskut untuk mereka.

Ejah menerangkan kepada Ani beberapa masalah matematik. Ejah sememangnya lebih pandai dari Ani. Bukan kerana dia rajin belajar tetapi kerana dia mudah menerima ilmu. Sekali di ajar sudah tentu difahami dan dihafalnya. Masa begitu cepat berlalu. Sedar tak sedar sudah hampir ke pukul 4 petang. Ejah panik. Ayah mesti marah kalau dia sampai lambat ke rumah. Segera dia mengemas buku-bukunya. Ejah bergegas pulang. Berlari-lari anak dia pulang rumah.

Sewaktu menaiki tangga rumah hatinya berdebar-debar. Terbayang wajah ayah yang menyinga. Kecut perutnya apabila membayangkan tali pinggang ayah menghinggapi belakangnya. Sebaik sahaja dia sampai di pintu langkahnya terhenti. Terdengar suara perempuan bercakap dengan ayah.

Nenek!!! "Biarlah saya bawa Ejah pulang ke rumah saya Jusoh. Di sini pun bukan ada siapa yang menjaganya. kasihan saya tengok dia tu, makan pakai tak terurus" "Tak payahlah mak. Tahulah saya menjaganya," ayah bersuara acuh tak acuh.

"Janganlah kamu berdegil Jusoh. Mak bukan nak pisahkan kamu dari darah daging kamu sendiri. Cuma mak kasihan dengan Ejah tu saja," nenek cuba memujuk ayah.
"Mak ingat mak boleh menjaga si Ejah itu. Dia tu degil. Kalau mak berlembut sangat dengan dia mulalah dia naik kepala. Tengoklah ni, dah petang-petang gini pun masih tak balik-balik lagi. Ke mana agaknya merayap tak tentu hala. Kalau balik siaplah dia nanti. Kalau tak kena penangan memang sajalah," terdengar nada marah di suara ayah.

Ejah hanya diam berdiri ada belakang pintu. Menggigil ketakutan.

"Ejah tu taklah sejahat mana. Budak-budak. Adatlah nakalnya pun. Kau ingat mak tak tahu yang kau selalu memukul dia?"
"Oh, dia dah pandai mengadu pula sekarang ni ye. Anak tak sedar di untung. Dahlah emaknya mati kerana dia. Kalau tak kerana nak melahirkan dia sudah tentu Maria masih hidup lagi," jerkah ayah.
"Bukan dia yang mengadu Jusoh. saya ni bukan buta. Birat-birat badan budak tu kau kerjakan. Sudah-sudahlah kamu menyalahkan dia diatas kematian emaknya. Kamu ni bercakap macam orang tak beragama. Hidup mati tu kan di tangan Tuhan,"
"Tak payahlah mak nak berkhutbah kat sini. Dia anak saya, pandailah saya menjaganya,"

Ejah membuka pintu perlahan-lahan. Dua pasang mata tertumpu ke arahnya.

"Nenek," jeritnya sambil berlari ke arah nenek. Tangan nenek di cium hormat.
"Dah besar dah cucu nenek ni," ujar nenek.

Ada nada sayu yang terselindung. Pipi Ejah dicium lembut

"Kau ke mana ha Ejah?" herdik ayah.

Tersentak Ejah. Ejah tunduk memandang lantai. Nenek mengusap lembut rambutnya.

"Kamu ni Jusoh. Budak tu baru balik. Bukan nak tanya dah makan ke belum. Terus-terus nak marah saja," nenek membelanya.
"Tak payahlah mak mengajar saya cara nak menjaga anak. Mak membelanya macam ni memanglah dia suka. Mulalah besar kepala," marah ayah.
"Ejah, pergi tukar baju sekolah tu. Kotor nanti," ujar nenek lembut padanya.
"Baiklah nek," terus dia berlalu ke biliknya.

Dari dalam bilik dapat di dengar ayah dan nenek bertengkar. Dia hanya diam membisu di atas katilnya. Hatinya sedih. Tak sangka dia yang menyebabkan mamanya mati. Dia benci dirinya di saat itu. Patutlah ayah selalu marah padanya. Patutlah ayah benci dirinya. Ejah terus menangis tersedu-sedu. Tangisnya terhenti bila terdengar pintu berdentum. Nenek telah pulang.
Pintu biliknya terkuak. Ayah melangkah masuk dengan wajah menyinga.

"Ke mana kau marayap hah?" jerkah ayah. Dia hanya diam sambil air mata mengalir ke pipi.
"Jawab!" tengking ayah. Tersentak dia.
Tubuhnya terhenjut-henjut menahan tangis.
"Orang pergi rumah Ani," jawabnya perlahan dan terketar-ketar sambik menahan sendu.
"Kenapa? Kau dah tak ada rumah?" marah ayah lagi.

Ejah hanya diam membisu. Ayah menampar pipinya. Perit. Ejah terjatuh dari birai katil. Tangisnya semakin kuat.

"Kau tak dengar saya tanya? Kau dah tak ada rumah sendiri nak merempat ke rumah orang?" tengking
ayah sambil menarik rambut Ejah. Dia hanya mampu mengikut tarikan tangan ayah.
"E..ejah, Ejah pergi belajar kat rumah Ani," jawabnya tersedu-sedu.
"Ooh, belajar. kat rumah ni tak boleh belajar? Kenapa? Apa kurangnya rumah ni? Dah pandai nak memilih pulak. Anak tak sedar diri," jerit ayah lebih kuat.

Sekali lagi pipi si kecil menjadi sasaran tangan ayah. Terpelanting tubuh kecil itu ke lantai. Ejah merintih kesakitan. Terasa cecair hangat mengalir dari hidungnya. Darah. Ayah tidak berhenti disitu. Tubuh kecil Ejah disepak.

Ejah merintih penuh kesakitan. Tapi Ejah tidak melawan. Langsung tidak merayu agar ayahnya berhenti. Dia merasakan yang dia memang layak dipukul. Semuanya kerana apa yang berlaku pada mama. Biarlah ayah pukul dia. Dia rela asalkan mama memaafkannya. Ejah rasa berdosa pada mama. Ayah menarik rambut Ejah lagi dan sekali lagi penampar papa hinggap di pipinya. Ejah tercampak ke dinding. Ayah terus menggila. Ejah yang kecil itu terus menjadi sasaran tangan dan kakinya. Pandangan Ejah mula kabur. Dia tidak lagi bergerak.

Semuanya bertukar gelap...

Ejah terjaga. Dia masih lagi terbaring di atas lantai. Kepalanya terasa berat. Pipinya perit, dadanya terasa bagai dihempap batu besar dan seluruh badannya sengal. Dia terdengar suara ayah memanggilnya dari luar bilik.

"Ejah! Ejah! Bangun! Kau dah tak nak sekolah," garang suara ayah.

Ejah cuba bangun tetapi tubuhnya terasa amat berat. Penangan ayah semalam masih terasa. Tubuhnya terasa begitu lemah.
Pintu biliknya dibuka. Ayah melangkah masuk.

"Tidur lagi!" jerkah ayah.
"Ee..ejah rasa tak sihat ayah," jawabnya dengan suara yang dengar tak dengar.
"Sudah, jangan nak mengada-ngada," marah ayah sambil menarik tangannya.

Seluruh tubuhnya terasa hendak tercabut. Dia gagahkan juga untuk berdiri.

"pergi mandi," ayah menolaknya ke bilik mandi.

Setelah selesai mandi dan bersiap dia ke sekolah berjalan kaki seperti biasa. Tubuhnya masih lemah tetapi di kuatkan juga. Dia tidak mahu menaikkan darah ayah lagi. Sampai di sekolah di rasakan mata-mata memandangnya dengan penuh kehairanan. Dia hanya membiarkan mereka memandangnya. Dia terlalu sibuk menahan sakit.

"Nurfaizah," terdengar suara Cikgu Linda memanggilnya.

Dia memandang Cikgu Linda kosong.

"Siapa yang buat kamu macam ni?" tanya Cikgu Linda sambil mengusap rambutnya.

Ejah hanya diam membisu. Kepalanya terasa bertambah berat, dia mula terasa sukar untuk bernafas. Pandangan mula kabur. Ejah merasakan kaki begitu lemah dan tidak lagi mampu menahan berat tubuhnya. Dia jatuh terjelepuk di lantai. Dalam kabur-kabur dia mendengar Cikgu Linda memanggil namanya. Akhirnya semua bertukar gelap dan sunyi. Sekelilingnya putih dan berbau ubat. Kepalanya tidak terasa berat atas berdenyut. Dia membuka matanya perlahan. Ada ayah, ada nenek dan Mak Usu. Nenek menangis. Ayah pun menangis. Tidak pernah dia nampak ayah menangis. Ayah usap-usap rambutnya
perlahan. Tak pernah ayah buat begitu padanya. Tiada tanda-tanda kemarahan dan kebencian di wajah ayah.

"Maafkan ayah nak," suara ayah sayu dan tersekat-sekat. Ejah tak faham Kenapa ayah dan nenek sedih.
"Kenapa semua orang sedih," tanya Ejah dengan kepayahan.
"Janganlah sedih. Ejah cuma nak pergi jumpa mama. Ejah nak minta maaf pada mama. Ejah rindu mama," Ejah bersuara perlahan.
"Oh Ejah! Maafkan ayah! Ayah menyesal! Jangan tinggalkan ayah!" ayah merayu.

Air mata mengalir di pipi ayah. Ejah merasakan tubuhnya semakin ringan. Dia tersenyum memandang nenek, kemudian ayah dan akhirnya ke arah mak usu. Pernafasan Ejah mula tersekat-sekat dan akhir dada si kecil terhenti berombak. Senyuman Ejah masih lagi di bibirnya yang pucat itu. Dia terbaring kaku. Wajahnya kelihatan tenang. Ayah meraung menyesali perbuatannya.

Menurut dokter, Ejah mengalami pendarahan dalam otak kerana hantukkan yang kuat. Ejah juga kepatahan beberapa tulang rusuknya dan mengakibatkan kecederaan pada paru-parunya. Ayah masih lagi meraung. Meraung, menangisi pemergian insan kecil yang tak pernah dihargai selama hayatnya...Insan kecil bernama EJAH...

Wednesday, August 25, 2010

Kad Raya






















Apabila kerja sudah siap...ada je benda yang mahu dibuat..supaya masa yang ada terluang tu diisi dengan baik, jadi saya pun godek2 lah Software Adobe Photoshop..maka terjadilah design kad raya..yer lah...sekarang Bulan Ramadhan..dan berakhir dengan Aidilfitri....di atas ini ader beberapa design yang telah dihasilkan...